Tarikh: 20th June 2013, Thursday
Cuaca Terkini: Haze,  Suhu: 31°C,  Ribut: 8.05km/h
Pengenalan

PENGENALAN

Jabatan Kejuruteraan diketuai oleh Pengarah, Ir. Lee Tet Fon dan dibantu oleh lapan (8) orang Jurutera Bandaraya. Pelaksanaan tanggungjawab Jabatan oleh Pengarah dan Jurutera Bandaraya disokong oleh anggota teknikal dan pentadbiran. Jumlah keseluruhan anggota Jabatan Kejuruteraan adalah 151 orang.

Peka dengan keperluan ruang pejabat yang luas dan selesa, pengubahsuaian ibu pejabat telah dijalankan dan kini Jabatan Kejuruteraan diletakkan di keseluruhan ruang baru dan sedia ada di aras 2 bangunan Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK). Walau bagaimanapun, Bahagian Bengkel terletak di Lagun Kuala Inanam dan sebahagian pengurusan sisa pepejal terletak di pusat pembuangan sampah Kayu Madang, Telipok.

Pada Jun 2012, terdapat perubahan terhadap struktur organisasi Jabatan Kejuruteraan, di mana Bahagian Jalan Raya, termasuk anggota sedia ada, telah dipindahkan ke Bahagian Pengangkutan dan Trafik bermula pada 01 Jun 2012. 

OBJEKTIF

Objektif Jabatan Kejuruteraan dapat diringkaskan seperti yang berikut:-

  • Memastikan pemprosesan pelan infrastruktur dan kerja-kerja penyelenggaraan yang disediakan menerima maklumbalas positif, memuaskan dan hasil akhir meninggalkan kualiti atau nilai tambahan berharga kepada pelanggan dan juga orang awam.
  • Memastikan perancangan dan polisi yang dijalankan merupakan mesra alam/insan dan meningkat ke arah mempromosikan pembangunan mampan.
  • Bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan berhubung kawalan kerja tanah, mengurus dan menambahbaik pelan saliran, kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya dan infrastruktur lain berdasarkan pendekatan perpaduan atau penyatuan.
    • Mengadakan perbincangan dengan jabatan lain dalam DBKK berhubung perkara teknikal. ( mewujudkan konsultan dalaman yang kompeten).

    POLISI KORPORAT JABATAN

Peranan dan fungsi Jabatan Kejuruteraan dalam Dewan Bandaraya Kota Kinabalu mempunyai tiga polisi korporat yang asas dan boleh diformulasikan seperti yang berikut. Polisi pertama dan kedua melambangkan peranan dan fungsi asas Jabatan, sementara itu polisi ketiga berdasarkan kepada potensi Jabatan menjana hasil untuk dana penyelenggaraan dan pembangunan.
  • Kawalan dan perancangan yang teratur terhadap pembangunan infrastruktur melalui pemantauan dan penguatkuasaan yang efektif.
  • Membina dan mengamalkan pengurusan operasi yang baik melalui proses penjanaan semula dan pembangunan personel yang berterusan;
    • Memperkuatkan putaran dana Dewan Bandaraya Kota Kinabalu melalui sumbangan modal (capital contribution) oleh pemaju terhadap infrastruktur seperti pembetungan, saliran dan aktiviti kerja tanah pada peringkat awal projek pembangunan di kawasan yang belum dibangunkan secara keseluruhan sistem infratrsuktur.

    PELAN STRATEGI JABATAN

    PELAN JANGKA PENDEK

    • Mewujudkan kekerapan semakan pelaksanaan kerja untuk memperbaiki kualiti kerja melalui penilaian, semakan strategi dan meneruskan pembangunan anggota teknikal secara profesional.
    • Mengutamakan dan mengoptimakan sumber untuk meneruskan penyelenggaraan atau memperbaiki infrastruktur dan perkhidmatan dengan mewujudkan operasi penyelenggaraan yang kos efektif secara berjadual untuk semua aset awam DBKK.
    • Meninjau opsyen dan membantu mewujudkan pelan kewangan DBKK bagi menjana pendapatan yang lebih untuk menjadi organisai bebas kewangan.

      PELAN JANGKA PANJANG

      • Membina kerjasama berpasukan Jabatan yang cekap, berdasarkan kemahiran dan pengetahuan yang pelbagai serta bergerak pantas selaras dengan pelan tindakan yang boleh menjadi pelengkap tambahan kepada sasaran strategi visi dan misi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
      • Berkhidmat untuk meningkatkan pernyataan halatuju Dewan Bandaraya terhadap galakkan menjadikan bandaraya peranginan ini bersih, cantik dan selamat untuk didiami.
         
     

 

 

 
 
 
     

 

Carian website DBKK:
Mendaftar Buletin
Terima maklumat untuk acara-acara baru dan berlaku disini!
Rujukan