Fungsi Bahagian Kesihatan Umum
1) Mengawal kebersihan dan kesihatan persekitaran
2) Mengawal kualiti mutu makanan, premis makanan dan premis-premis awam
3) Mengawal penyakit-penyakit berjangkit yang dibawa oleh vektor dan binatang peliharaan.
Fungsi Bahagian Pengurusan sisa pepejal dan perkhidmatan Bandar 1) Melaksanakan kerja-kerja pengutipan sampah
2) Menyediakan keperluan tong sampah awam dan menjaga kebersihan rumah sampah.
3) Mengusahakan pengurangan sisa pepejal dengan menyediakan kemudahan tempat pengumpulan bahan kitar semula serta mengadakan program-program kesedaran dan penggalakan kitar semula , kompos dan kebersihan persekitaran. Fungsi Bahagian Pembersihan Bandar dan Pengurusan Pasar
1) Melaksanakan kerja-kerja penyapuan di kawasan-kawasan awam.
2) Melaksanakan kerja-kerja pembersihan tandas-tandas awam.
3) Mengurus dan mengawal kebersihan bangunan pasar serta memproses permohonan peniaga
Fungsi Bahagian Pengurusan Penjaja dan Peniaga Kecil 1) Mengurus dan mengawal kebersihan tapak jaja serta memproses permohonan penjaja.
2) Menyediakan peluang perniagaan kepada peniaga kecil.
Objektif Jabatan 1) Mempertingkatkan tahap kebersihan persekitaran melalui peningkatan kesedaran masyarakat bandaraya.
2) Memberi perkhidmatan bandaraya yang berkualiti selaras dengan ekspektasi pelanggan.
3) Mempertingkatkan pelaksanaan Program kitar semula selaras dengan dasar kerajaan pusat
4) Menyediakan kemudahan dan peluang perniagaan kecil kepada warga kota.