Jabatan Landskap merupakan salah satu bahagian dalam Jabatan Perancangan Bandaraya yang di namakan Bahagian Landskap. Landskap mula beoperasi pada tahun 1999. Selaras dengan perubahan dan keperluan masa kini, pada 01 disember 2003 , Bahagian Lanskap telah dinaik taraf dan dijadikan sebuah jabatan yang menerajui perancangan pengawalan dan penyelenggaran landskap kawasan pentadbiran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
Pengurusan dan operasi Jabatan Landskap di jalankan di ibupejabat dan Nursery Tapak semaian di likas yang berkeluasan 2.5 ekar. Jabatan Landskap di bahagikan kepada 2 bahagian utama iaitu bahagian perancangan, rekabentuk & kawalan pembangunan dan bahagian pengurusan operasi & penyelenggaran landskap.