Tarikh: 26th May 2013, Sunday
Cuaca Terkini: Mostly Cloudy,  Suhu: 26°C,  Ribut: 9.66km/h
Fungsi/Objektif

PIAGAM AUDIT DALAM

TUJUAN

Piagam ini bertujuan untuk menentukan skop dan aktiviti fungsi Audit Dalam di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu selaras dengan Standard Praktis Profesional Audit Dalam

LATAR BELAKANG DAN DEFINISI AUDIT DALAM

Audit Dalam adalah aktiviti yang bertindak bebas, objektif dan memberi nasihat bertujuan untuk menambah nilai dan memperbaiki operasi organisasi.  Ia membantu organisasi mencapai objektifnya dengan membawa pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan membaikkan keberkesanan proses pengurusan risiko, kawalan dan pentadbiran.

OBJEKTIF

Objektif Audit Dalam adalah membantu pihak pengurusan melaksanakan tanggungjawabnya dengan berkesan.  Dalam konteks ini, Audit Dalam akan mencari sebab-sebab ketidakcekapan atau praktis-praktis tidak ekonomi supaya pihak pengurusan dapat mengambil tindakan pembetulan atau penambahbaikkan terhadap kelemahan berkenaan.  Audit Dalam menyampaikan kepada pengurusan laporan analisa, penilaian, rekomendasi dan komen berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang dikaji.

  • Harta Kerajaan adalah diurus dengan baik dan dihindari daripada kehilangan;
  • Rancangan, polisi dan prosedur pengurusan adalah dipatuhi dan dilaksanakan dengan efisien dan berkesan;
  • Kawalan dalaman ke atas perakaunan dan pengurusan adalah mencukupi dan wujud serta berfungsi sempurna ke arah mencapai objektif organisasi;
  • Rekomendasi adalah dilaksanakan untuk memantapkan kawalan dalaman;
  • Data dan maklumat yang berguna, boleh dipercayai serta menepati masa ada untuk tujuan membuat keputusan.

TANGGUNGJAWAB DAN KUASA

Tanggungjawab Audit Dalam di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu adalah ditentukan oleh Piagam ini berdasarkan Standard Pengauditan yang ditetapkan.

Audit Dalam mempunyai kuasa untuk memeriksa rekod dan harta di setiap lokasi yang berkait dengan perkara di bawah kajiannya.  Semua jabatan harus memberi kerjasama sebaik mungkin untuk memudahkan progres audit dilaksanakan.

Ketua Bahagian Audit Dalam mempunyai perhubungan pentadbiran terus kepada Mayor Bandaraya Kota Kinabalu dan bebas untuk mengekses semua peringkat pengurusan.  Ketua Audit Dalam akan mengemukakan kepada Mayor program dan rancangan audit tahunan untuk kelulusan.  Ketua Bahagian Audit Dalam juga akan mengemukakan laporan aktiviti Audit kepada Mayor, Ketua Pengarah dan Ketua-Ketua Sektor untuk makluman mereka.

Untuk mengelakkan duplikasi kerja, semua aktiviti Audit Dalam akan diselaraskan dengan audit dari luar.

Selaras dengan Standard Audit, Audit Dalam tidak akan mempunyai tanggungjawab atau kuasa ke atas mana-mana aktiviti yang diperiksanya.  Sehubungan ini, pemeriksaan dan penilaian Audit tidak akan melepaskan mana-mana pengurus dalam organisasi daripada tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka.

 

KEBEBASAN

Kebebasan adalah penting untuk keberkesanan fungsi Audit Dalam.  Kebebasan ini ditetapkan dan dikekalkan oleh status dan objektif organisasi.

Status Organisasi : Ketua Bahagian Audit Dalam melapor kepada Mayor Bandaraya.  Pehubungan pentadbiran dan pelaporan ini memberi jaminan keluasan liputan audit dan kecukupan pertimbangan untuk tindakan penambahbaikan ke atas penemuan audit dan rekomendasiannya.

Objektiviti : Objektiviti adalah kritikal ke atas kebebasan fungsi Audit.  Sehubungan itu, juruaudit hendaklah tidak terlibat dalam penyediaan dan pemakaian prosidur, penyediaan rekod atau terlibat dalam mana-mana aktiviti yang mana boleh menjejaskan kebebasannya.

Objektif Audit tidak menghalangnya daripada menentukan dan mengsyorkan standard kawalan yang perlu digunakan dalam pembangunan sesuatu sistem - secara manual atau elektronik - atau pemeriksaan sesuatu prosidur sebelum ianya dilaksanakan.

*************

 

Carian website DBKK:
Mendaftar Buletin
Terima maklumat untuk acara-acara baru dan berlaku disini!
Rujukan