Tarikh: 22nd May 2013, Wednesday
Cuaca Terkini: Mostly Cloudy,  Suhu: 24°C,  Ribut: 8.05km/h
Pengenalan

Bagi sesebuah organisasi seperti Dewan Bandaraya Kota Kinabalu yang mempunyai saiz, tanggungjawab dan kekompleksan pengurusan bandaraya yang sentiasa bertambah, skop fungsi Audit Dalam turut bertukar dan bertambah dari aspek tradisi pemeriksaan kepatuhan (compliance) ke aspek memberi nasihat (consulting in nature). Ini bermaksud, daripada fungsi kaku tradisi yang merangkumi skop kawalan perakaunan, mencari kesalahan dan kesilapan serta lebih menjurus kepada keadaan yang melawan (adversary), tanggungjawab dan fungsi Audit Dalam kini telah berkembang dan keluar dari kekakuan ini dengan memberi fokus menyeluruh yang lebih menjurus kepada memberi nasihat, menilai sistem pengurusan dan operasi, pengurusan kos dan pada masa yang sama penilaian terhadap kecukupan sistem perakaunan dan kawalan dalaman.

Carian website DBKK:
Mendaftar Buletin
Terima maklumat untuk acara-acara baru dan berlaku disini!
Rujukan