PENGENALAN
Latar Belakang Jabatan
Majlis Perbandaran Kota Kinabalu (MPKK) telah dinaikkan taraf ke Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan rasminya pada 2hb Februari 2000. Sejajar dengan naik taraf ini, Pejabat Timbalan Presiden telah bertukar nama kepada Jabatan Perkhidmatan Luar Bandar dan Jabatan Pengurusan Awam sebelum ditukar nama kepada Jabatan Pengurusan Sub Urban yang masih digunapakai sehingga kini.
Pada 11hb Ogos 2004, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia DBKK telah menukarkan nama Jabatan ini kepada Jabatan Pengurusan Sub Urban (JPSU). Sehingga kini JPSU mesih mengekalkan fungsi asalnya iaitu berkaitan dengan pembangunan luar bandar tetapi peranannya dalam Mahkamah Anak Negeri telah dimansuhkan dan fungsi tersebut telah diambil alih oleh Jabatan Perundangan pada tahun 2012. Walau bagaimanapun, peranan jabatan ini semakin berkembang dari semasa ke semasa yang merangkumi bandar dan luar bandar.
Pengarah Jabatan Pengurusan Sub Urban memainkan peranan sebagai Pegawai Daerah. Sebagai sebuah jabatan, aspek penggunaan tenaga kerja sama ada mahir ataupun separuh mahir merupakan pra syarat utama bagi memenuhi keperluan terhadap pembangunan yang efektif, bersepadu dan sistematik di peringkat daerah selari dengan aspirasi dan transformasi pembangunan negeri.