Jabatan Komputer (kini Jabatan Teknologi Maklumat) ditubuhkan pada 28 November 2002. Tujuan utama Jabatan ini adalah untuk mengendalikan sistem perkomputeran DBKK. Ia berada di bawah Sektor Teknikal di dalam Carta Organisasi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Jabatan ini dibahagikan kepada Bahagian Pentadbiran dan Bahagian Teknikal bagi memastikan sistem perkomputeran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu berjalan dengan lancar.