Jabatan Pentadbiran & Sumber Manusia akan memberi perkhidmatan yang luas meliputi khidmat nasihat kepada pengurusan dan anggota DBKK yang berkaitan dengan isu pengurusan anggota termasuk syarat lantikan dan polisi pembangunan serta yang meliputi perkara seperti:
Bahagian Pembangunan Organisasi
Bahagian Pembangunan Organisasi berperanan dalam aktiviti yang melibatkan antara lain perkara berikut: pembentukan atau pembatalan program/aktiviti, Pembentukan atau pembatalan jawatan/gred, Perancangan penilaian tenaga kerja, Polisi Kualiti, Proses dan tahap penilaian, Pembangunan Info Sistem dan Kemajuan IT (HR Online, HRIMS Database, Employee Profile, Employee Skil Database). Selain itu, Bahagian ini juga memainkan peranan dalam kajian seperti Job Analysis, Performance Analysis, Competency Analysis, Performance Gap Assessment, seterusnya pemantauan Piagam Pelanggan, Indeks Pengukuran Prestasi (KPI) dan MS ISO.
Bahagian Kemajuan Kerjaya
Bahagian kemajuan kerjaya bertanggungjawab kepada urusan perjawatan yang berkait rapat dengan pengambilan pekerja, pemilihan dan pelantikan, pengesahan, pertukaran kepada taraf perjawatan tetap dan berpencen, kemajuan kerjaya, kenaikkan pangkat, kaunseling, disiplin, tatatertib dan lambaga hal ehwal anggota.
Bahagian Latihan dan Pembangunan
Polisi pembelajaran dan pembangunan, program pelaksanaan dan koordinasi latihan (dalaman dan luaran) untuk semua pegawai, anggota dan warga Bandaraya Kota Kinabalu. Antara aktiviti yang dirancang oleh Bahagian ini adalah seperti membangunkan, menjalankan dan menilai aktiviti latihan seterusnya pembangunan polisi serta prosidur latihan. Membangunkan dan menjalankan program latihan, penyediaan program / kalendar tahunan latihan, penyediaan laporan selepas latihan/kursus, menyedia dan mengemaskini jadual latihan, menyediakan data latihan/kursus, penyediaan borang penilaian latihan/kursus, kajian kehendak latihan/kursus, kajian keberkesanan laitihan/kursus, mengumpul dan menilai laporan latihan/kursus dan urus setia kepada Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan bagi Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Sabah.
Bahagian Saraan, Pencen dan Kemudahan
Bahagian ini juga bertanggungjawab dalam memastikan pelaksanaan apa sahaja perkara yang berkaitan dengan faedah persaraan dan kemudahan seperti yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dari masa ke semasa seperti Pergerakan Gaji, bonus. Sebagai tambahan, melaksanakan dasar penghargaan seperti yang telah ditetapkan oleh Pihak Pengurusan DBKK seperi Anugerah Mayor, Biasiswa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Subsidi Perumahan dan Subsidi kenderaan.