Pelan Lanskap
Am
1. Permohonan perlu dikemukakan kepada Pengarah Jabatan Landskap dan Seni Taman, Tingkat 7, Bangunan Center Point, No 1,Jalan Bandaran, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu 88675 Kota Kinabalu Sabah.
2. Permohonan Pelan Landskap hanya boleh dikemukakan setelah mendapat kelulusan Pelan Pembangunan (DP) dari Jabatan Perancangan Bandaraya DBKK.
3. Permohonan perlulah dikemukakan oleh pihak yang bertauliah Arkitek Landskap, Perancang Bandar, Arkitek, Jurutera Awam atau Pelukis Pelan Berdaftar. Jika permohonan melebihi 5 ekar, ia perlu disediakan oleh Arkitek Landskap bertauliah.
4. Permohonan perlu dikemukakan dalam lima (5) salinan. Tiga (3) salinan mestilah berwarna.
5. Yuran pemerosesan adalah RM250.00
6. Pelan landskap yang tidak memenuhi piawaian dan spesifikasi DBKK akan dikembalikan untuk pindaan.
Spesifikasi pelan landskap
1. Pelan Landskap perlu menunjukkan:
- Nombor dan tarikh kelulusan Pelan Pembangunan (DP)
- Nama projek (DP)
- Nama dan alamat pemilik
- Tandatangan pemilik
- Nama, alamat, cop dan tandatangan juruperunding yang mengemukakan permohonan
- No.rujukan pelan
- Pelan lokasi
- Skala lukisan
- Arah Utara
- Tajuk Pelan
- Petunjuk/Legend
- Pelan spesifikasi penanaman & peralatan yang dicadangkan
2. Pelan Cadangan perlu disediakan dalam skala 1:500, 1:1000 atau pada skala lain yang sesuai dengan syarat ia dapat menunjukkan komponen cadangan dengan jelas.
3. Pelan Spesifikasi perlu disediakan dalam skala 1:10 atau 1:20
4. Jika cadangan pada kawasan yang tidak rata, kontor perlu ditunjukkan
5. Perbezaan paras permukaan ditunjukkan dengan menyatakan A.M.S.L yang jelas dengan berpandukan kepada batu tanda aras Jabatan Tanah Dan Ukur.
6. Spesifikasi bahan tanaman perlu ditunjukkan dalam bentuk jadual:
· Kedudukan pada tapak
· Nama biasa dan nama botani
· Bilangan setiap jenis tanaman