Tarikh: 25th July 2014, Friday
Cuaca Terkini: Mostly Cloudy,  Suhu: 26°C,  Ribut: 11.27km/h
Berita DBKK
22-03-2013
MAJLIS CABUTAN UNDIAN PROJEK INFRASTRUKTUR (PIA) DAN PROJEK INFRASTRUKTUR ASAS (PIAS) TAHUN 2013

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah (PPPNS) akan mengadakan Majlis Cabutan Undian Projek Infrastruktur (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) bagi tahun 2013 pada 25 Mac 2013 (Isnin) bertempat di Dewan Masyarakat Menggatal, Pekan Menggatal, pukul 8.00 pagi.

Majlis undian ini dijangka akan dirasmikan oleh YB Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid, ADUN N.12 Karambunai merangkap Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Sabah.

Cabutan Undian Projek ini akan diadakan secara berkomputer bagi kerja-kerja di bawah Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS). Menurut pengumuman bajet Kerajaan Persekutuan 2013, Negeri Sabah adalah penerima peruntukan tertinggi bagi Projek PIA/PIAS dengan nilai keseluruhan berjumlah RM100 juta. Secara spesifiknya, daerah Kota Kinabalu di bawah pentadbiran DBKK diperuntukkan sebanyak 59 buah projek dengan nilai keseluruhan RM4.74 juta dengan 215 buah syarikat/kontraktor akan mengambil bahagian. Fokus projek adalah kepada penyediaan/penyelenggaraan infrastruktur awam dan asas di kawasan sub urban selaras dengan program transformasi luar bandar.

Projek ini adalah terbuka kepada Kontraktor Bumiputera (Kelas ‘G1’) yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Kontraktor (Kelas ‘F’) Pusat Pendaftaran Kontraktor Negeri Sabah (PUKONSA).

Hasrat Kerajaan ialah untuk memberi peluang sama rata kepada para kontraktor yang layak untuk mendapatkan kerja kontrak dengan mengagihkan projek-projek kecil persekutuan secara adil dan saksama melalui sistem undian.

 

Kenyataan dikeluarkan oleh:

 

NORSARAHANA ZAKI

Bahagian Perhubungan Awam

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

Carian website DBKK:
Mendaftar Buletin
Terima maklumat untuk acara-acara baru dan berlaku disini!
Rujukan