Tarikh: 24th April 2014, Thursday
Cuaca Terkini: Mostly Cloudy,  Suhu: 33°C,  Ribut: 11.27km/h
Berita DBKK
23-08-2012
PERBARISAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT NEGERI SABAH

KOTA KINABALU: Orang ramai dijemput untuk menyaksikan Perbarisan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Sabah yang akan diadakan pada 31 Ogos 2012 di Dataran Bandaraya Kota Kinabalu (depan Hotel Promenade) bermula jam 6.30 pagi.

Lebih kurang 169 kontinjen akan terlibat dalam acara perbarisan yang terdiri daripada pelbagai Jabatan/Agensi/Badan Berkanun Negeri dan Persekutuan, sekolah rendah, sekolah menengah, institusi pengajian tinggi, pertubuhan bukan kerajaan dan sektor swasta. Selain itu, perarakan kenderaan juga akan dilangsungkan yang melibatkan pelbagai jenis kenderaan dan motosikal dari 23 buah organisasi.

Bagi memberikan laluan kepada raptai (27, 28 dan 29 Ogos) dan acara sebenar (31 Ogos), penutupan jalan raya secara sementara akan dilakukan dari bulatan Wawasan Plaza hingga ke bulatan Centre Point Sabah mulai pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari pada 27 Ogos 2012 dan dari jam 6 pagi hingga 12 tengah hari pada 28, 29 dan 31 Ogos 2012.

Bagi peletakan kontinjen kenderaan pula, sebahagian daripada Jalan Coastal dari simpang isyarat Sutera Harbour akan digunakan semasa raptai dan hari sebenar.

Manakala, Terminal Bas Wawasan pula akan ditutup secara sementara mulai jam 6 pagi hingga 12 tengah hari pada 27 hingga 29 Ogos dan 31 Ogos. Sehubungan dengan itu, bas-bas awam akan bergerak ke Pusat Bandaraya seperti berikut:

Bagi bas dari Jalan Tuaran, bas akan masuk ke Pusat Bandaraya melalui Jalan Kemajuan – Jalan Coastal – Jalan Tun Razak dan berpatah balik di Bulatan Perkasa dan melalui Jalan Tun Razak – Jalan Coastal – Jalan Kemajuan dan kembali ke Jalan Tuaran.

Bagi bas dari Jalan Coastal, bas akan masuk ke Pusat Bandaraya melalui Jalan Tun Razak dan berpatah balik di Bulatan Perkasa – Jalan Tun Razak dan kembali ke Jalan Coastal.

Bagi bas dari Jalan Mat Salleh, bas akan masuk ke Pusat Bandaraya melalui Jalan Tunku Abdul Rahman – Jalan KK By Pass – berpatah balik di Bulatan Perkasa – Jalan KK By Pass – Jalan Tunku Abdul Rahman dan kembali ke Jalan Mat Salleh.

Bagi bas dari Jalan Kolam, bas akan melalui Jalan Bukit Nenas – Jalan Tunku Abdul Rahman – Jalan KK By Pass – berpatah balik di Bulatan Perkasa – Jalan KK By Pass – Jalan Tunku Abdul Rahman – Jalan Bukit Nenas dan kembali ke Jalan Kolam.

Bagi bas dari Jalan Tun Fuad Stephen (Teluk Likas), bas akan memasuki Pusat Bandaraya melalui Jalan Tun Razak – Jalan Coastal – Jalan Kemajuan – Jalan Tunku Abdul Rahman – Jalan KK By Pass dan kembali ke Jalan Tun Fuad Stephen (Teluk Likas).

Bas-bas ini akan menurun dan mengambil penumpang di perhentian-perhentian bas di Pusat Bandaraya semasa Terminal Bas Wawasan ditutup.

Carian website DBKK:
Mendaftar Buletin
Terima maklumat untuk acara-acara baru dan berlaku disini!
Rujukan