PEMADAM Bandaraya Kota Kinabalu telah mengadakan Acara 10,000 Langkah Untuk Kesihatan pada 14 Julai 2012 (Sabtu) di Perdana Park, Tanjung Aru dari jam 7 pagi hingga 9.30 pagi. Tetamu kehormat bagi acara ini ialah YB Datuk Edward Yong, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga ADUN Kawasan Tanjung Aru. Sejumlah 1000 penyertaan daripada pelajar sekolah dan penduduk berhampiran kawasan Tanjung Aru telah menyertai acara berjalan kaki sejauh 3 km ini.