Tarikh: 19th June 2013, Wednesday
Cuaca Terkini: Mostly Cloudy,  Suhu: 32°C,  Ribut: 16.09km/h
Berita DBKK
12-06-2012
KEJOHANAN BOLA JARING TERBUKA

PUSPANITA Cawangan Bandaraya Kota Kinabalu akan menganjurkan Kejohanan Bola Jaring Terbuka di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu pada 30 Jun dan 1 Julai 2012. Pertandingan yang dijadualkan bermula pada jam 8.30 pagi ini akan menggunakan undang – undang permainan seperti yang telah ditetapkan oleh Undang –undang Antarabangsa (IFNA).
 
Penyertaan kejohanan adalah terbuka kepada agensi kerajaan dan swasta di Negeri Sabah dan Pihak Berkuasa Tempatan serta gabungan persendirian.  Walau bagaimanapun, setiap pasukan hanya dibenarkan untuk mendaftar 2 orang pemain yang pernah mewakili Negeri atau Kebangsaan pada tahun 2000 dan ke atas.  Semua pemain hendaklah terdiri dari warganegara Malaysia.
 
Pertandingan akan dijalankan berdasarkan liga kumpulan pada peringkat awal, di mana hanya 2 pasukan teratas layak ke peringkat seterusnya.  Johan, naib johan, tempat ketiga dan tempat keempat akan memenangi piala serta wang tunai RM800, RM600, RM400 dan RM200 masing – masing. Juara juga akan membawa pulang piala pusingan kejohanan.
Yuran penyertaan adalah RM200 dan tarikh tutup penyertaan ialah pada 15 Jun 2012 (Jumaat) jam 4 petang.
 
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Puan Alice Lo (088-521800) atau Puan Dorina Amit (088-521801).
Carian website DBKK:
Mendaftar Buletin
Terima maklumat untuk acara-acara baru dan berlaku disini!
Rujukan