Tarikh: 1st November 2014, Saturday
Cuaca Terkini: Mostly Cloudy,  Suhu: 25°C,  Ribut: 11.27km/h
Berita DBKK
04-04-2012
PERTANDINGAN UNDUK NGADAU KAAMATAN 2012 PERINGKAT BANDARAYA KOTA KINABALU PADA 17 DAN 18 MEI

Bersempena dengan sambutan Karnival Tadau Kaamatan Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu 2012, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu akan menganjurkan Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan untuk memilih Unduk Ngadau yang akan mewakili Kota Kinabalu, Likas dan Tanjung Aru ke pertandingan di peringkat Negeri pada 30 dan 31 Mei 2012.

Pendaftaran dan peringkat penapisan akan diadakan pada 28 April 2012 di Dewan Mesyuarat, Tingkat 1, Bangunan DBKK bermula pukul 2 petang hingga 5 petang. Mereka yang berminat hendaklah membawa salinan asal kad pengenalan/sijil lahir/surat kebenaran Pengetua Sekolah/IPTA semasa pendaftaran dengan memakai pakaian ’body fitting’ dan bersolek. Jeans adalah tidak dibenarkan dipakai. Peserta juga diminta untuk membawa bersama baju tradisi untuk tujuan bergambar sekiranya berjaya dipilih.

Seramai lima belas orang finalis akan dipilih ke Pertandingan Unduk Ngadau yang akan diadakan dalam dua peringkat iaitu ’Sodop Linundus Unduk Ngadau’ pada 17 Mei di Dewan Masyarakat, Kota Kinabalu jam 7 malam dan peringkat akhir pada 18 Mei di lokasi yang sama pada pukul 7 malam.

Penyertaan adalah terbuka kepada wanita warga negara Malaysia, dari suku kaum Kadazan/Dusun/Murut, Sino Kadazan/Dusun/Murut yang bukan beragama Islam, bermaustatin di Sabah serta menetap atau bekerja di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu.

Peserta hendaklah berumur antara 18 – 25 tahun (lahir pada atau selepas 1 Januari 1987 dan pada atau sebelum 31 Disember 1994), belum berkahwin dan berketinggian tidak kurang dari 5 kaki 2 inci serta boleh bertutur atau memahami dialek suku kaum sendiri.

Seorang mantan "Unduk Ngadau" adalah tidak layak untuk menyertai dan peserta mestilah tidak pernah terlibat dalam kegiatan-kegiatan negatif. Penuntut sekolah atau Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang ingin menyertai pertandingan ini hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak sekolah atau IPT.

Borang Penyertaan boleh diperolehi daripada Pejabat DBKK atau melalui website www.dbkk.sabah.gov.my. Untuk pertanyaan lanjut, hubungi Puan Dorin Datuk Thomas melalui talian 088-214509, Puan Elizabeth Borubui dan Puan Glorie Diana Joseph di talian 088-521800 pada waktu pejabat . Tarikh tutup penyertaan adalah pada 28hb April 2012.

Carian website DBKK:
Mendaftar Buletin
Terima maklumat untuk acara-acara baru dan berlaku disini!
Rujukan