Kota Kinabalu City Hall
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
No.1 Jln Bandaran, 88675 Kota Kinabalu, Sabah Malaysia
Date/ Time: 2nd September 2014, Tuesday
Current Weather: Mostly Cloudy,  Temp: 32°C,  Wind: 4.83km/h
Lesen

Lesen dan Permit

JENIS-JENIS LESEN

  • Lesen Berniaga

  • Lesen Iklan

  • Lesen Hiburan

  • Lesen Premis Makanan

    • Lesen Restoran

    • Lesen Kedai Kopi

    • Lesen “coffee house”

    • Lesen Kantin

  • Lesen Salon

  • Lesen Dobi

  • Lesen Hotel dan Lojing

  • Lesen Barang lusuh

  • Lesen Perniagaan Merbahaya

  • Lesen Minuman Keras

  • Lesen Jurulelong

  • Lesen Peminjam Wang

  • Lesen Pajak Gadai

  • Permit Penggunaan Kaki Lima dan Ruang Legar

  • Permit Mesin Air Layan Diri

  • Permit Penggunaan Televisyen di Premis Makanan, SPA dan Refleksologi


*** Jenis-jenis perniagaan yang tidak ada dinyatakan di atas, bermaksud hanya perlu memohon Lesen Berniaga sahaja.

*** Bagi Perniagaan yang mempunyai lesen khas seperti di atas juga perlu memohon Lesen berniaga.



LESEN BERNIAGA

ADAKAH SETIAP PERNIAGAAN PERLU DILESENKAN?

Semua perniagaan hendaklah dilesenkan. Lesen Berniaga adalah satu lesen diperuntukkan di bawah Ordinan Pelesenan Perniagaan 1948, Cap 144.


CARA MEMOHON LESEN BERNIAGA

  • Lengkapkan Borang Permohonan Lesen Berniaga. Harga borang ialah RM1.00

  • Semak Cukai Kadaran Premis Perniagaan. Sekiranya belum berbayar, hendaklah dibayar terlebih dahulu.

  • Sertakan dokumen-dokumen berikut:-

    • Salinan Kad Pengenalan

    • Salinan Borang 49 dan Borang 9 yang disahkan oleh setiausaha syarikat ( Jika jenis syarikat sendirian Berhad)

    • Dokumen Penjanjian sewa atau sewa beli premis perniagaan.

SYARAT-SYARAT MEMOHON LESEN BERNIAGA

  • Hendaklah berusia 18 tahun ke atas.

  • Jika pemohon adalah warganegara asing ataupun berasal daripada Semenanjung Malaysia dan Negeri Sarawak, pemohon hendaklah mendapatkan Permit Bekerja Sementara daripada Jabatan Imegresen.

  • Kesesuaian premis perniagaan adalah tertakluk pada pengesahan pihak DBKK. Jika premis atau lokasi tidak sesuai permohonan tidak akan diluluskan.

  • Kelulusan lesen berniaga juga adalah tertakluk kepada kelulusan Jabatan-jabatan DBKK yang lain atau jabatan-jabatan kerajaan yang lain jika berkaitan.

YURAN LESEN BERNIAGA

  • Jumlah yuran lesen yang perlu dibayar ialah RM25.00 dan RM 5.00 yuran pemprosesan setahun.

TEMPOH PEMPROSESAN PERMOHONAN LESEN

  • Tempoh pemprosesan permohonan ialah 3 hari hingga 5 hari berkerja. Tidak termasuk proses yang melibatkan jabatan-jabatan DBKK atau Jabatan-jabatan kerajaan lain yang berkaitan.

TANGGUNGJAWAB PEMEGANG LESEN BERNIAGA

  • Lesen Berniaga hendaklah dipamerkan ditempat yang mudah dilihat di premis perniagaan.

  • Pemilik hendaklah menjaga keselamatan lesen berniaga. Sekiranya didapati hilang pemilik hendaklah membuat laporan polis dengan segera dan memaklumkan Bahagian Pelesenan, DBKK.

  • Lesen Berniaga hendaklah diperbaharui sebelum tempoh sah tamat iaitu setiap 31hb Disember.


CARA-CARA MEMPERBAHARUI LESEN BERNIAGA

  • Bawa bersama lesen asal ataupun kad pengenalan sahaja sekiranya milik perseorangan.

  • Pemegang lesen yang menggunakan permit bekerja sementara hendaklah mengemukakan passport yang masih sah.

  • Sila semak terlebih dahulu lesen-lesen DBKK lain yang berkaitan dengan perniagaan yang dilesenkan. Lesen yang berkenaan hendaklah diperbaharui terlebih dahulu.


Untuk Pertanyaan Lanjut sila hubungi:

Bahagian Pelesenan

Tingkat Bawah, Bangunan DBKK, No.1, Jalan Bandaran, 88675 Kota Kinabalu

Telefon 088-521750 / 088-2626190/ 88-521751/ 088-238507/ 088-236939

DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU



LESEN IKLAN

ADAKAH IKLAN PERLU DILESENKAN?

Sekiranya anda ingin mempamerkan iklan, anda hendaklah memohon lesen iklan daripada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Setiap jenis iklan yang dipamerkan adalah perlu dilesenkan dibawah peruntukan Undang-Undang Kecil Pengiklanan , 1983.

JENIS-JENIS IKLAN

  • Gegantung
  • Sepanduk
  • Papantanda Perniagaan

  • Papantanda Arah

  • Papantanda Besar

  • Risalah
  • Poster
  • Pelekat pada kenderaan


CARA UNTUK MEMOHON

  • Lengkapkan Borang Permohonan Lesen Iklan dan membayar yuran pemprosesan sebanyak RM 5.00.

  • Kemukakan contoh Visual Iklan dan penggunaan bahasa yang telah diluluskan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka.

  • Nyatakan saiz iklan

  • Sertakan salinan lesen berniaga (jika ada)

  • Sertakan salinan Kad Pengenalan

  • Dapatkan kebenaran pemilik dimana iklan hendak dipamerkan

VISUAL IKLAN YANG DIBENARKAN

  • Mengandungi mesej yang ringkas dan jelas.

  • Tidak mengandungi visual imej atau logo minuman keras, rokok, gambar yang menjolok mata dan tatakelakuan yang kurang sopan / lucah.

LOKASI IKLAN DIPAMERKAN

  • Lokasi iklan jenis gegantung dan sepanduk dipamerkan tertakluk kepada pengesahan DBKK .

  • Lokasi papantanda besar dan papantanda arah dipamerkan tertakluk kepada pengesahan DBKK dan juga pihak JKR.

  • Pemasangan papantanda pada bangunan tertakluk pada garispanduan DBKK yang digunapakai.

YURAN LESEN

  • Deposit RM 25.00 untuk iklan sepanduk dan gegantung dan yuran lesen mengikut saiz.

  • Deposit minimum RM 75.00 dan seterusnya separuh daripada yuran lesen bagi iklan semua jenis papantanda.

  • Papantanda pertama yang dipasang diatas pintu premis bagi 2 meter persegi adalah dikecuali daripada bayaran yuran.


PERATURAN YANG PERLU DIPATUHI SETELAH LESEN DIPEROLEHI

  • Catatkan nombor lesen dan tarikh luput lesen pada setiap iklan.

  • Iklan hendaklah dipasang dengan teratur dan sentiasa diselenggarakan.Iklan yang tidak dipasang dan diselenggara secara teratur akan diturunkan oleh pihak DBKK dan deposit tidak akan dikembalikan.

  • Iklan hendaklah diturunkan selewat-lewatnya 3 hari bekerja selepas tarikh tamat tempoh lesen.

  • Setelah lesen telah tamat tempoh dan iklan diturunkan, deposit hendaklah dituntut dengan segera dengan mengemukakan surat dan dilampirkan bersama resit asal.

Untuk Pertanyaan Lanjut sila hubungi:

Unit Pemprosesan dan Penguatkuasaan Lesen Iklan, Bahagian Pelesenan

Tingkat Bawah, Bangunan DBKK, No.1, Jalan Bandaran, 88675 Kota Kinabalu

Telefon 088-521845 / 088-521755 / 088-236939

DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU


LESEN HIBURAN

Perniagaan yang berunsur hiburan perlu dilesen dibawah peruntukan Undang-Undang Akta Hiburan Awam 1958, Kaedah-Kaedah Hiburan Awam 2009. Jenis-Jenis Perniagaan yang berunsurkan hiburan adalah seperti yang berikut:

  • Panggung Wayang / teater

  • Pusat Hiburan

  • Taman Hiburan / Taman Tema Rekreasi

  • Lorong Boling

  • Dewan Biliard/pool/snuker saloon

  • Pusat Perkhidmatan Internet / Kafe Siber

  • Play Station/ Permainan video/Permainan Pensimulasi

  • Mesin Hadiah

  • Mesin Slot

  • Karaoke box

  • Karaoke outlet

  • Movie Television outlet

  • Studio Jamming / Studio rakaman

  • Pesta ria

  • Sarkas

  • Pertunjukan patung/ Shadow play

  • Pertunjukan fesyen/ Pertandingan Ratu Cantik

  • Opera

  • Konsert

  • Persembahan teater atau hiburan awam secara langsung di Pub/coffee house/Lounge/Disko/Dewan

    Tarian/Restoran/Hotel/Resort
  • Juke box

  • Pameran Filem Sinematograf (diruang terbuka)

  • Pameran di ruang legar/dewan/tempat terbuka

  • Galeri menembak

  • Galeri Damak

  • Paint ball

  • Futsal

CARA UNTUK MEMOHON

  • Lengkapkan Borang Permohonan Lesen Hiburan mengikut jenis hiburan yang dipohon dan patuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti yang dinyatakan dalam borang permohonan.

  • Sertakan salinan lesen berniaga.

  • Sertakan salinan Kad Pengenalan.

  • Surat persetujuan/pengesahan daripada pemilik premis atau tanah

  • salinan pelan lantai dan lokasi premis/tanah.


YURAN LESEN

  • Yuran Lesen adalah ditetapkan mengikut jenis, tempoh masa dan jumlah peralatan yang terlibat.

Untuk Pertanyaan Lanjut sila hubungi:

Bahagian Pelesenan

Tingkat Bawah, Bangunan DBKK, No.1, Jalan Bandaran, 88675 Kota Kinabalu

Telefon 088-521750 / 088-2626190/ 088-521751/ 088-238507/ 088-236939

    DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU


LESEN PREMIS MAKANAN

Premis makanan adalah meliputi perniagaan seperti Restoran, Kedai Kopi, “Coffee house” dan kantin. Perniagaan yang berkenaan perlu dilesenkan dibawah peruntukan undang-undang kecil Bandaraya Kota Kinabalu.


CARA UNTUK MEMOHON

Untuk memohon lesen restoran, kedai kopi, coffee house dan kantin, pemohon juga hendaklah memohon Lesen berniaga.

  • Lengkapkan Borang permohonan Lesen Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Borang Lesen Berniaga.

  • Mematuhi semua syarat permohonan yang telah ditetapkan.


YURAN LESEN

  • Yuran lesen ditetapkan mengikut jenis kelas perniagaan.


LESEN SALON

LESEN DOBI

LESEN HOTEL DAN LOJING

LESEN BARANG LUSUH

LESEN PERNIAGAAN MERBAHAYA




Carian website DBKK: